Want your
own Fotopage?








 
Aisyah & Sarah IN ACTION!

By: Siti Farazila Wahab

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Nov-2006 04:45 Email | Share | | Bookmark
Wedding Dell...

 
posing dgn ibu pulak...
posing dulu sementara tunggu auntie zura...
View all 7 photos...


Assalamualaikum...

Sabtu lepas (25/11/2006) kitorang pi Mampong (nogori sembilan) utk meraikan sahabat ex-UM kitorang...Adilah Ahmad Kamal & suami...

wow...cun gile dell dengan contact lens nye... dah lama sgt rasanye x jumpa akhirnye dpt gak jumpa...walaupon x dpt intebiu dell habis habisan tapi dptla lepaskan rindu tengok muka dia yg terbaru tu... hehe... lepas mkn2 dan menyelit kejap amik gambo kitorang pon chowla... dell bz posing2 dgn laki dia...biasala pengantin...anyway thanks a lot to dell & family atas layanan yg cukup mesra..... jumpa lagi lain kali ye.....

tu la pasal...leh baju tertukar pasangan lak kaler dia...hehehe....

anis, akak ni batch spm96...ade lagi kontek dgn ruby,intan,simah dll tapi diorang tak de fp kot...
Wed 29-Nov-2006 02:54
Posted by:farazila fara@asmb.com,my  - [Link]
selamat pengantin baru !! like the colour Fri 8-Dec-2006 03:39
Posted by: r a z i  - [Link]
selamat pengantin baru !! like the colour Fri 8-Dec-2006 03:39
Posted by: r a z i  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 3-Nov-2006 08:51 Email | Share | | Bookmark
Syawal yang indah...

 
 




Assalamualaikum semua....

Mesti korang sume seronok raya sakan kt kampung masing2 kan....
As for kitorang...thn ni hubby baru buat baju baru ...sedondon dgn aisyah... aku je lain sket...hehe...takpela janji purple...pagi raya baru berangkat balik ke kg hubby ...dekat je kt Melaka...sebelum berangkat tu sempat la amik gambo...x byk amik gambo sebab kureng mood....muka aku pon pucat semacam jek... takpela janji seronok tengok aisyah happy... so kawan2...enjoooice...

aisyah pakai baju kebaya tu waktu sehari sebelum raya....sebuk nk keluar lepas ujan ngangkut payung dia...sabo jelah kena teman dia kt luar dgn payung dia tu... hehehe....

cantiknya aisyah berbaju kebaya...siap pose ngan payung lak tu..
geram je tgk dia, comey 2 the max.......
Wed 15-Nov-2006 03:16
Posted by:mama Iman+Nurin  - [Link]
amboiii..aisyah...bebaju kebaya...siap bpayung lagik...nak g raya mane tu...
tahun ni same kaler ngan ayah yea..
mm..pelik gak idea tu..slalu nye anak pompuan sama kain ngan mama...
nampaknye tahun depan leh la auntie wat baju sama kain ngan darwisY...
g00d idea...
Sat 18-Nov-2006 19:49
Posted by:m♥mmA Harith DarwisY : farah  - [Link]
comey nyer aisyah berbaju kebaya...
mcm kenai je mama aisyah ni...sekolah mana dulu?
Mon 20-Nov-2006 03:42
Posted by:anis~UmmiArmin  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 19-Oct-2006 06:16 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga...

 


p/s : gambo thn lepas waktu raya...

Salam aidilfitri buat Aisyah sekeluarga...
Aisyah ni semakin comel la auntie tgk....
Fri 3-Nov-2006 01:17
Posted by:mama Iman+Nurin  - [Link]
azy : rumah ku sentiasa terbuka azy oiii...dtg jelah bwk boifren hang...

mama iman+nurin : salam aidilfitri kembali...
Fri 3-Nov-2006 02:47
Posted by:farazila fara@asmb.com,my  - [Link]
fara: hehehe...itu lah masalah tu..kalo aku sorang on jer..nnt la aku bwak hubby terus eh..aku xde bf pon nk bwak.. hehe.nape x dtg open house umah awin? x dpt nk jmpa aisyah... Sat 18-Nov-2006 16:53
Posted by:azy
View all 6 comments Add comment


Monday, 25-Sep-2006 04:22 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa.... !

Assalamualaikum semua....
Lain rasanya cuaca di bulan Ramadhan ni...terasa amat kesyahduannye... harap semua dpt melakukan ibadah puasa dgn sebaik2nye.... Amin.....

Just wanna share this very important info tu me & all.... harap bermanafaat utk semua dan semoga kite sentiasa saling mengingati supaya tidak terpesong dari jalanNya...
Info ni saya ambil drpd web http://sisipanramadhan.blogspot.com/
Thanks to the web's...

KEPALSUAN HADITH SOLAT TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadith tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.

Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain denganharapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadith yang dimaksudkan itu ialah satu hadith yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allahmengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadith ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadith seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadith lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadith palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadithini.

Ini menunjukkan bahawa hadith ini merupakan satu hadith yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadith dahulu yang menulis tentang hadith maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadith ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakanamalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka".
(Bukhori, Muslim)

Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah(targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadith tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata ImamNawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadith ini maudhu`.

Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…

seterusnya dia berkata:

Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaanatas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadith tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadith ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadith itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadith yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadith shahih contohnya hadith yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.(Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadith rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadith yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadith maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadith-hadith shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadith-hadith shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadith ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadith telah mengatakan bahawa hadith-hadith yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadith Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.

Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadith-hadith palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

selamat berpuasa to aisyah & family!! Thu 28-Sep-2006 09:59
Posted by:syed shirazi  - [Link]
mak buyung...biler nak letak gambo baru neh!!! Fri 13-Oct-2006 08:20
Posted by:Mama Muaz zamzurina@gmail.com  - [Link]
Good info. Selamat Berpuasa. Tue 17-Oct-2006 00:35
Posted by:Shop Online  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 18-Sep-2006 06:26 Email | Share | | Bookmark
Gathering at Zura and Awie's home

 
 
 
View all 13 photos...
Assalamualaikum....

On Saturday, 26th August 06, we went to Zura's home for a small gathering. Aizan & family and Yah & family pon datang gak..Cik Zura masak Nasi Ayam..nyam nyam...sedap giler! siap tambah 2 -3 kali tuh.. Lain kali leh aa swoh Cik Zura masak lg..hehehe

(Sorila tiru ayat ko aizan...nak menaip pon xde idea ni...tihihi...)

oitsss! nak tiruk pon jgn ler tulis kat sini! heheheh....sonot nyer depa bernasi ayam di rumah zura! Thu 21-Sep-2006 14:59
Posted by:Mama Muaz zamzurina@gmail.com  - [Link]
Kami mengajak anda semua untuk menyertai group photo kami
Yang akan diadakan di Taman Tasik perdana Kuala Lumpur .
Bawa la la Rakan-rakan dan keluarga untuk menyertai group photo
Kami akan lakukan yang terbaik untuk anda semua .

Tiada Bayaran akan dikenakan kepada anda semua, Photo anda jugak akan diberikan secara percuma ,tiada bayaran akan dikenakan.

Tajuk Kami bagi Photo group adalah “ SMILE,HAPPY & FUN” dan group photo kami yang kedua adalah Celebration Aidilfitri.
Fri 22-Sep-2006 09:32
Posted by:hati batu dimensihatibatu@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 25-Aug-2006 09:12 Email | Share | | Bookmark
Imbas Kembali...

 
 



Entry kali ni nak imbas kembali detik-detik aisyah menyambut hari jadinye yg pertama... maklumle dolu2 x pandai edit2 gambo... la ni baru nak edit le ni... (dah pandai sket2 le kunun...)

Aisyah lahir pada 13 Disember 2004... tapi kitorang buat majlis harijadi ni 26 Disember 2005...so agak lewat sket....baju gaun aisyah ni nenek dia yang belikan dan juga aksesori rambut sumenye nenek pilih...(yg ni ibu belikan)... nenek aisyah mmg camtu... suke tengok cucu dia kemas & cantik sentiasa... tq nenek! mmuahhs !

cantiknye aishah... Fri 15-Sep-2006 03:16
Posted by:linda,nafiz's mummy lyndahadi@gmail.com  - [Link]
Hi Aishah!!Hepi Belated Besday girl...comelllnyer..pandai ibu aishah dress up kan aishah class gitu..caya la fara.. aku nak bagi 5 star utk kembar ku.. Tue 31-Oct-2006 14:14
Posted by:Azy azyreyna@hotmail.com
xpela..walaupon nenek aishah yg belikan.. aunty tetap puji jgak ibu aishah nih..hehehe..sbb aunty tgk dlm pic2 lain..meme aishah sentiasa lawa.... Tue 31-Oct-2006 14:19
Posted by:Azy azyreyna@hotmail.com
View all 13 comments Add comment


Thursday, 17-Aug-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
apa la nak buat ni...

 
assalamualaikum...
hari ni dgn azam baru nk datang opis buat keje tapi orang yg request keje ni pulak cotiii... so nak buat apa ek??? hihihi....buatla apa2 yang patut.... enjooice!


amboi seksinyer..aisyah tgh watper dgn kertas oren tu? Mon 21-Aug-2006 07:18
Posted by:mimin  - [Link]
cutie aisyah buat apa tu? tulis note brg2 dapur yeh Tue 22-Aug-2006 05:11
Posted by:ibu siti humaira  - [Link]
comeynya dia dgn baju batik tu!!! Tue 19-Sep-2006 04:47
Posted by:kc  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 14-Aug-2006 03:41 Email | Share | | Bookmark
ALAS SETERIKA AJAIB

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum kawan-kawan semua....

Ok..ni fara ade jual lagi satu produk yg dijamin bagus untuk memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian…insyaAllah…best!!! excited nk gosok baju...wakaka.....

Fara sendiri dah guna dan ianya memang memudahkan dan menjimatkan masa & elektrik….untuk abang-abang dan pakcik-pakcik boleh juga beli utk dihadiahkan kpd isteri @ ibu masing-masing…

Kt bwh ni fara copy & paste drpd website yg jual produk ni… http://unix2u.fotopages.com/ (ada penerangan bergambar)

ALAS SETERIKA AJAIB

Memperkenalkan Alas Seterika Ajaib, sebagai produk pertama kami. Produk yang nampak ringkas ini sebenarnya amat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai rutin menggosok (seterika) pakaian baik untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Dengan fungsi dan keberkesanan yang ditawarkan melalui penggunaan produk ini, kerja menggosok pakaian menjadi jauh lebih mudah, lebih cepat, lebih berkesan dan akhirnya tentulah ia menjimatkan tenaga (elektrik & manusia).

Secara ringkasnya Alas Seterika Ajaib:-

Amat mudah dipasang
Tahan dan tidak mudah terbakar
Boleh dibasuh
Penebat haba yang baik
Memudahkan kerja menggosok bahagian butang dan zip
Memudahkan kerja menggosok pakaian secara keseluruhan
Menjimatkan masa
Menjimatkan elektrik


Sila rujuk laman web http://unix2u.fotopages.com/ untuk penerangan bergambar ataupon lihat attachment kat bawah ni…

Benarkah Alas Seterika Ajaib ini berkualiti dan berkesan?
Alas Seterika Ajaib kami adalah produk yang berkualiti setanding dengan yang dijual dengan harga hampir RM200 seunit melalui program jualan terus melalui TV (As Seen On TV) suatu ketika dulu.

Bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan oleh unix2u?
Kami menjual Alas Seterika Ajaib kami dengan harga RM29.90 sahaja.

Ada atau tidak produk seumpamanya pada harga lebih murah di pasaran?
Ada. Tetapi harga kami lebih kerana kelebihan yang ada pada kualitinya.

Bagaimana saya boleh mendapatkan Alas Seterika Ajaib ini?
Senang saja. Sila hubungi ajen-ajen jualan setempat kami yang tersenarai sesuai dengan lokasi anda atau hubungi kami terus dan kami pasti akan membantu anda mendapatkannya.

Peluang Perniagaan/Menambah Pendapatan
Kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ajen jualan kami. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

RM 10 atau RM 30?
Bukan rahsia bahawa alas seterika seumpama Alas Seterika Ajaib kami ini memang ada dijual pada harga lebih kurang RM 10.00 seunit di pasar-pasar malam, pasar tani dan sebagainya. Mungkin ramai yang keliru dan menganggap produk kami sama dengan apa yang mereka tawarkan. Fungsinya sama tapi kualitinya tidak serupa. Jika berpeluang untuk diperiksa kedua-duanya (produk kami dan produk mereka) sebelah menyebelah, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya dengan jelas.

Produk kami adalah jauh lebih baik kerana beberapa sebab:-

1. Produk kami dua kali ganda lebih tebal. Dengan ketebalan tambahan itu, anda akan dapati Alas Seterika Ajaib lebih mantap di atas permukaan yang menampungnya. Oleh yang demikian anda akan berasa lebih selesa dengannya. Ketebalan ini juga menjadikan ia lebih tahan dan tidak mudah bocor atau koyak akibat tertusuk muncung seterika atau sebab-sebab lain.

2. Produk kami adalah jauh lebih tumpat. Ketumpatan produk alas seterika seperti Alas Seterika Ajaib adalah faktor penting dalam menentukan ketahanan dan keberkesanan fungsinya. Perbezaan ketumpatan ini dapat dilihat melalui perbezaan saiz rongga-rongga udara yang menjadi elemen utama strukturnya. Rongga-rongga udara Alas Seterika Ajaib kami jauh lebih halus sehingga anda akan dapat merasai kehalusan permukaannya. Permukaan produk RM 10 lebih kasar dan kesat.

Ketumpatan juga menentukan kadar keanjalan. Lebih tumpat bermakna lebih anjal. Dengan keanjalan yang tinggi Alas Seterika Ajaib kami akan dapat berfungsi secara berkesan dalam tempoh lebih lama. Produk yang kurang tumpat akan cepat hilang keanjalannya, menjadikannya tidak lagi berkesan dan rapuh/mudah koyak.

3. Alas Seterika Ajaib kami menggunakan pigmen warna biru yang lebih baik dan berkualiti.

4. Alas Seterika Ajaib kami amat mudah dipasang dan nampak kemas di atas meja seterika standard anda. Tidak perlu dipaku, dipin atau diikat..

Penjelasan ini diharap dapat meyakinkan mereka yang berasa was-was mengenai kelebihan produk kami.

Sekian, terima kasih.

Jika berminat/utk keterangan lanjut boleh emel fara di fara@asmb.com.my atau sms ke 0162973730 atau ym fara : farisha_79

Regards,
Fara







ok zura...aku x lupa punye... Thu 17-Aug-2006 00:34
Posted by:fara fara@asmb.com.my  - [Link]
aku dah guna...mmg menyenangkan dan menjimatkan masa aku.....kekawan yg lain...cepat ler pesan..! value for your money... Thu 24-Aug-2006 01:49
Posted by:Mama Muaz zamzurina@gmail.com  - [Link]
wah...dah sampai ye win..alhamdulillah..kepuasan yg tak ternilai bagi seorang peniaga ialah bila pelanggan berpuas hati dgn produk yang dijual... TQ win! mmuahh!!! Thu 24-Aug-2006 02:44
Posted by:fara fara@asmb.com,my  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 10-Aug-2006 04:05 Email | Share | | Bookmark
Gathering lagi lerrr.....

 
 
 
View all 13 photos...



assalamualaikum semua...
ok kali ni ade gathering lagi sekali sebab kawan aisyah, yaya drpd JB yg x jadi dtg ari tu nk dtg plak dah.... hehehe....kali ni buat kt umah muaz lagik! shiann mama muaz kena masak lagi sekali tapi kali ni pon dia masak sedap....! auntie lin mkn bertambah2...hehehe...mkn jgn x makan....bukan selalu dpt rasa auntie awin & uncle fendi masak...

ok kengkawan...enjoyyy !

nape ngan muaz tu..kene buli ngan girls ke? Thu 17-Aug-2006 02:43
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
wah..seronoknya ada gatherin'
comei la aisyah!!
Thu 17-Aug-2006 06:20
Posted by:yasmin  - [Link]
mama iman+nurin:ibu aisyah beli dress aisyah kt byk tempat..tapi paling selalu kt sogo la..tapi dress dlm gambar ni beli kt jusco..

elin : entahla elin...dia x suka main dgn girls kot... tanya la mama dia...

yasmin : tq 4 dropping by yasmin..u're so cute too!
Thu 17-Aug-2006 08:06
Posted by:fara fara@asmb.com.my
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 9-Aug-2006 01:51 Email | Share | | Bookmark
Tricycle baru untuk aisyah...

 
 



Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak belikan apa2 mainan untuk aisyah....since ade duit lebih bulan ni ayah aisyah decide nk belikan something spesel la utk anak ibu ni.... dia pi beli sorang2 je kt nilai 3 nu waktu balik dari keje...ibu tak ikut pon....tunggu je kt rumah....ayah beli kat nilai 3 sebab ayah keje kt senawang...so on the way balik tu dia singgah la kejap....

so bila balik tu ayah excited sgt bwk kuar kotak besar...tu dia...rupenye ayah belikan tricycle utk aisyah....sukenye aisyah...! hehehe...terus try2 naik pastu kak risya tolong tolakkan...hihihi...bila kak risya penat tolak dia ibula pulak kena tolak....hehehe....sabo jelah...
kalau tekan punat kt depan tu pulak mainan tu akan berpusing (ade lampu) & ade lagu twinkle2....bising laa aisyah ni...hihihi....

nenek ade jugak bwk aisyah pi pasar naik tricycle ni...ramai org kt pasar tengok & tanya beli kt mana & harga brapa? so nenek pon ckpla beli kt nilai3 ...harga rm150...mahal ke eh? ntahle...yg penting bukan duit ibu & aisyah pon happy sgt pi pasar naik tricycle dia....hehehe...
...enjoooice!

zizie : tu la zizie..best kan...sebenarnye ibu aisyah pon teringin nk naik tapi x muat aaa.... hehehe.... Mon 14-Aug-2006 03:12
Posted by:fara fara@asmb.com.my  - [Link]
meriahnye warna tricycle aishah... Tue 15-Aug-2006 06:56
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
wah...best yer tgk tricycle aishah....nak gak ler beli kat bb hani bila di abesar nanti..........meriah tu......anyay..salam perkenalan dr mummy hani n my little pumpkin.....si hunny bunny Thu 17-Aug-2006 01:43
Posted by:mummy hani & bb hani  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.